Hi semua!
Kali ini saya akan share satu Borneo food resepi iaitu kuih kicap.Dalam banyak banyak kuih di dunia ini, kuih kicap menjadi kegemaranku.
Saya masih ingat kesedapan kuih kicap yang dibuat oleh Aunty Cina yang jual di pasar Belaga. Itulah yang dinanti-nantikan kalau tengah berjualan sayur disana.
Apabila berpindah ke Semenanjung, saya jarang menikmatinya, hanya mampu tengok orang buat di Facebook dan semasa boleh pergi gereja, kawan gereja selalu buat juga jadi terubatlah kerinduan. Sekarang tidak boleh pergi gereja, jadi saya harus belajar membuatnya.
Saya sudah mencuba banyak kali, gambar dibawah adalah percubaan pertama saya.

Percubaan seterusnya selepas saya beli senduk besi.

Saya ada share video steps by steps di Youtube saya
Selamat mencuba!
Dan jangan lupa share gambar dengan saya apabila kamu mencuba ikut resepi saya ya
sincerely,
Aya